BismillahirRahmanirRahim
Hai semua. Memperkenalkan Avarinth Pet, pet supplies di Sabah especially untuk di Kota Kinabalu. Sebenarnya dah beberapa bulan dah start biznes ni, tapi baru kali ni ada kerajinan untuk buat blog. Aduhai, malas betul saya ni. Semoga ada lah kerajinan mau buat pos hari2 di sini, amin, hehe. Kalau tak pun, harap2 seminggu sekali pun jadiklah. Yang penting ada kan :)
Sebelum saya nak memperkenalkan biznes kami, saya kenalkan diri dulu ya. Nama saya Fadilah, panggilan Dila. Tapi fesbuk saya tu nama nya Bunda Dhiah, sebab nama anak buah kesayangan saya namanya Dhiah. So jadiklah bunda Dhiah. Jangan lah pulak kompius ya :) Anak sendiri tak ada lagi, jadinya ambik nama anak buah utk buat fb name, hehe.
Saya dan suami start Avarinth Pet ni sejak bulan Mac 2019. Kami start dengan menjual ubat kutu kucing/anjing. Sekarang sudah bulan August, Alhamdulillah, ada 4 bulan sudah company ni ditubuhkan. Syukur sangat2.
Bulan July lalu, kami start jugak jual rumput kucing/ Cat grass. Jadi sekarang ni kami sudah ada 2 produk, iaitu ubat kutu dan Rumput kucing. InsyaAllah, kalau boleh mau tambah lagi banyak produk bila ada rezeki. mau tengok jugak demand yang ada. mungkin mau tambah spray kutu jgk. InsyaAllah, doakan ya. Kalau tak keberatan, boleh la komen dibawah, bagi suggestion produk apa lagi yang korang mau atau yang patut kami jual. Heee. :D
Avarinth ni kami buat dari rumah ja, online, so tiada kedai ya. Ramai ja customer yang tanya, dimana kedai, tapi buat masa ni, Avarinth lagi baik buat dari rumah ja. Tak perlu tampung kos sewa dan bill2 lain. InsyaAllah, kalau dah grow nanti, mau sangat untuk bukak pet shop. Doakan kami ya <3
Boleh hubungi kami melalui
FB Avarinth Pet (klik akan bukak window baru ya)
Untuk next post, saya akan explain satu2 produk kami ya.
Oh ya, kami ada group FB juga. Jomlah join ramai2 untuk memeriahkan group kami ni. Kami selalu buat lucky draw untuk member yang ada dalam group ni. Just join group ja, dan automatic dapat tiket lucky draw tau. Hadiahnya berupa ubat kutu atau cat grass, boleh pilih nak yang mana kalau menang. Tak rugi pun, just join dapat tiket, SENANG SANGAT kan!
FB group
Kalau join 1 group, dapat 1 tiket. Kalau join dua-dua group, dapat lah 2 tiket. :D
Senang ja, hehe. Jom join!
Ask anything or share your opinion: