ETHOPRYL
Hai awak. Saya nak bagitau, ini lah Ethopryl, racun kutu anjing dan kucing. Satu botol ni, kecil saja. Macam dalam gambar ni, sebesar ibu jari ja, 2.5 ml. Tapi ubat ni kecik-kecik cili padi tau :D Boleh bunuh SINIT, KUTU dan HAMA ya. Eh, sinit tu apa?? Haa, meh sini. Bagi yang tak tahu, sinit tu maksudnya ticks atau sengkenit. Orang KK ja yang ramai panggil sinit, hehe. Di sabah, ticks ni banyak nama, ada yang panggil sanit lah, serindit lah, kutu babi la. Banyak la, saya pun tak tahu berapa banyak lagi nama dia ni. Korang pulak panggil apa? Komen dibawah hehe.
Bikin geli kan. Ini lah sinit. Sinit ni, kalau sudah mengigit, dia akan melekat di kulit, dan hisap darah sampai gemuk ya. Seram ya ampun. Bukan binatang ja dia gigit, manusia pun sama jadi mangsa jugak. Sila berjaga-jaga. Sinit ni boleh membawa banyak penyakit tau. Antaranya adalah lime disease. Sangat bahaya.
Yang di atas ni pula dipanggil kutu kucing. Atau flea. Jenis ni selalu jugak tejangkit pada anjing. Lain dari sinit, flea ni suka lompat-lompat. Dulu sy fikir dia pandai terbang, tapi rupanya tak. Flea takda sayap, cuma dia ada kaki yang panjang, dan suka lompat sana sini. Yang ini kalau mengigit manusia, ampun. Paling gatal ya. Gatalnya tu tak hilang2. Garulah kau sampai berdarah dan berkudis2, dia masih tetap akan rasa gatal.
Yang ini adalah kutu hama atau mites/ ear mites. Sangat kecil berbanding flea dan ticks. Hama ni boleh menyebabkan kurap ya. Selalu tinggal di telinga haiwan yang dipanggil earmites. Dia makan darah, earwax dan sel-sel kulit mati.
Yang ni pulak adalah louse. Bahasa melayu dia kutu jugak. Ada banyak jenis louse ni. Salah satunya kutu yang hidup di kepala manusia dan ada lagi yang jenis bertelur dalam kulit.
Bagi dog or cat owner, cerita kutu ni memang dah jadi trend lah kan. Asal ada pet, selalu sangat ada kutu. Sapa yang suka cari kutu tu, angkat tangan, cepat mengaku. hehe. Saya dulu selalu cari kutu kucing saya, berjam2 jugak menghadap si bulus, sampai sakit2 leher ya. Astaga, haha. Tapi, syukur lepas pakai ini ubat kutu, Alhamdulillah, tidak perlu sudah susah payah cari kutu berjam2. Nanti akan datang, saya akan cerita pengalaman sendiri pakai ubat kutu ni, dan sekaligus lah, macam mana boleh terjebak buat biznes ni. Sebab tanpa dirancang dan sangat tiba-tiba. Nak tahu? Tunggu la pos akan datang insyaAllah :D
Ethopryl ni, boleh digunakan untuk anjing dan kucing dewasa, anak anjing dan anak kucing yang lebih dari 8 minggu. Untuk ibu anjing / kucing yang menyusukan anak pun boleh jugak. Cara pemakaiannya senang ja, gunting muncung botol tu. Selakkan bulu pet dan titiskan di satu spot sahaja di kulit belakang leher atau belakang kepala pet (bukan dibulu tau). Di tempat lidah diorang tak sampai. Sebab, benda ni tidak boleh jilat. Macam manusia jugak la, kalau ubat-ubatan kita kan, tak semua kita boleh makan, kan kan. Macam minyak urut, minyak kapak, sabun dan segala syampu kita, mana boleh telan. So, macam tu jugak la dengan ubat ni, diorang tak boleh jilat ya.
Kalau takut mau pakai sebab ada lebih dari seekor pet dan takut pet lain pegi jilat, boleh asingkan pet dalam kandang, atau boleh jaga beberapa minit utk elak pet lain jilat leher dia sehinggalah ubat meresap. Tak la lama, mungkin dalam beberapa minit ja.
Selepas titis tu, biarkan ja ubat meresap ke dalam kulit. Tidak perlu lagi sapu-sapu, atau bagi mandi-mandi dengan tu ubat. Cukup dengan titiskan ja. Awal-awal dulu bila pakai, saya pelik, kenapa sapu satu tempat ja, padahal kutu banyak di bahagian badan lain kan, berkesan ka jgk??! Tapi lepas pakai tu, macam magic, memang kutu mati. Rupanya ubat ni akan serap masuk dalam darah. Jadi selagi kutu tu hisap darah, dia akan makan racun tu, dan nanti dia mati la.
Jadi kalau tak tunggu ubat tu meresap, akan kurang la keberkesanan produk ni ya. Ada sebelum ni, customer pegi sapu-sapu di bulu pet dia. Bila saya mintak testimoni dia, dia kata tak berkesan pun. Rupanya cara pemakaian tu yang salah. Jadi kena pakai betul-betul tau. Kalau tak, rugi ja beli kan. Selain itu, kena jugak ikut sukatan yang betul ya supaya ubat tu lebih berkesan.
10kg - 1 Botol
5kg - 1/2 Botol
2.5kg - 1/3 Botol
Anak kucing - 1/5 Botol
Contoh, kalau anjing atau kucing tu berat dia 10 kilo, kena la titiskan habis sebotol ubat ni. Kalau berat 20 kilo, titiskan 2 botol. Begitulah seterusnya ya. Biasanya dalam 1-3 hari, kutu start mati.
So siapa-siapa yang ada kutu anjing dan kucing, dan nak try produk Ethopryl ni, boleh la contact saya ya :D Jangan malu jangan segan, tanya ja pun boleh ba. Hehe. Kami ada COD sekitar Kota Kinabalu termasuk Kinarut, Lokawi, Kepayan, Lintas, Penampang, Donggongon, Likas, Inanam, Menggatal, KF, Telipok. Tempat selain ni, kami akan postage :D
014-670 1157 (Dila) Link whatsap
FB Avarinth Pet
Group FB
Youtube Avarinth
Dari masa ke semasa saya akan postkan testimoni dari customer. Testimoni ada banyak ya, termasuk dari diri saya sendiri :D
Panjang lebar dah cerita pasal ubat ni. Nanti next pos, insyaAllah, akan cerita produk seterusnya iaitu rumput kucing pulak. Sapa baca sampai akhir, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak :D sudi-sudilah mengomen dibawah ni, nanti saya reply Heee. Jumpa lagi next entry. Daaa
Ask anything or share your opinion: